Wednesday, March 14, 2012

BEN ASHAARI AJAK KONGSI CERITA CUTI SEKOLAH


Budak-budak sekarang dengan dulu memang banyak beza. Dulu banyak outdoor, sekarang banyak indoor.

Zaman aku kecik-kecik dulu, bosan tak tau nak buat apa kat rumah, ajak kawan-kawan keluar la. Lagi-lagi zaman sekolah rendah memang tak lepas lah dari main game outdoor ni. Gasing la contohnya kan, siapa dapat paku (baling gasing kita ke gasing musuh) kat gasing orang lain atau keluar dari gelanggang gasing tu. menang la ! wahh...memang hebat la siapa dapat paku gasing orang. Fuhh !

Lepas tu, datang la pulak zaman Beyblade n CrushGear ni. Mula la merayu-rayu kat mak abah suruh belikan. Sampai nangis-nangis..haha. Bila ingat-ingat balik...ishh, teruk betul, sampai menangis-nangis nak beli mainan tu. Haha... Memang terbaik la main Berblade ni, port untuk beyblade ni, kuali kat rumah la jadi mangsa, main ramai-ramai. Untuk CrushGear port dia kat besen ataupun parit kering tapi yang besar punya.

CrushGear

Beyblade

Masa kecik-kecik tak pandai lagi nak bershopping ni. Yang kitorang tau mainnnn je. Hehe.
Ingat lagi tak mainan Digimon ni, Asal jumpa budak2 yang ada menda ni, lawan lawan. Jumpa besi kat tepi2 jalan tu pun boleh buat lawan. Haha. Game ni bole kasi dia makan, mandi. Kira macam pelihara Digimon tu.


*Dulu masa kecik tak ada pening-pening kepala pun, stress pun tadakk. Tau enjoyyyy je . Haha.

Perut Mengandung Berisi Susu Tin

PETALING JAYA: Tiga orang terdiri daripada seorang lelaki dan wanita serta seorang kanak-kanak dikesan menyamar sebagai pelanggan di sebuah pasar raya di Seksyen 11, di sini, sebelum melarikan pelbagai jenis susu dalam tin dianggarkan bernilai lebih RM600, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, mereka yang berusia 20-an dan 40-an bersama seorang kanak-kanak lelaki itu dilihat mundar-mandir dalam pasar raya berkenaan.


Menurut sumber, kelakuan mencurigakan keluarga terbabit disedari pengurus pasar raya berkenaan sebelum mengarahkan seorang kakitangannya memerhatikan tindak-tanduk mereka.


“Keluarga terbabit yang menyedari tingkah-laku mereka diperhatikan segera keluar dari pasar raya berkenaan.


“Pemeriksaan mendapati beberapa produk susu pelbagai jenama hilang membabitkan nilai kerugian lebih RM600,” katanya.


Katanya, suspek wanita yang menyamar sebagai perempuan mengandung berpura-pura memilih barang sebelum mengambil produk susu pelbagai jenama dan menyembunyikan dalam baju.

Sumber berkata, pengurus berkenaan membuat laporan di Balai Polis Sea Park.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, mengesahkan kejadian berkenaan dan siasatan lanjut sedang dilakukan.



*Fuhh..Macam ni punya kes pun ada ke. Kalau nak sangat perut tu mengandung. Ramai je yang boleh mengandungkan. Kahwin dan bernikah lah jawapannya. Mengandung la puas-puas. Nak anak berapa, cakap je. Haiyooo~

*Laki-laki nak try buat boleh jugak, nanti masuk paper tajuk besar-besar. Pura-Pura Buncit, Curi Ubat Kurus.


Sumber : MyMetro

Monday, March 12, 2012

Hadapinya Dengan Tenang.

Mulai hari ini dan minggu ini dan minggu hadapan bermulalah saat saat yang ditunggu-tunggukan. Peperiksaan Akhir untuk semester ke - 4 di UPMKB ini. Dengan berbekalkan ilmu yang dah dikutip dan difahami sepanjang proses pembelajaran dalam sem ni. Insyaallah, dapat jawab dengan lancar dan tenang.
Hope me success
*Exam da dekat pun masih tengok Running Man lagi. Gila betul ! Ha Ha Ha !

Sunday, March 11, 2012

MegaGiveAway by Penmerah.com


Apa lagi, Mai ramai2 pakat join giveaway dari Pen Merah.
Nak join,Klik SINI .
First Time join Pen Merah punye Giveaway.
=)


p/s : Rezeki murah, dapat la.

Ni member gua nak tag :








Wednesday, March 7, 2012

Running Man di Malaysia ?

Atas (dari kiri) : Gwang Soo, Yoo Jae Suk, Joong Ki, Ji Suk Jin, Kim Jong Kook
Bawah (dari kiri) : Ji Hyo, Kang Gary, Lizzy, Haha

Wow ! Serius diorang nak datang malaysia..memang best kalau diorang datang malaysia. kalau la kena time tu aku cuti sem. Memang aku follow follow diorang punye shooting / casting.

Menurut SBS, rancangan RUNNING MAN akan dibawa ke 9 buah negara Asia : Taiwan, Thailand, China, Hong Kong, Japan, Singapore, Malaysia, Indonesia dan Cambodia iaitu negara yang mendapat popularity yang tinggi.

Seronok bila tengok watak-watak RUNNING MAN. Memang hilang separuh lemak kat perut ni sebab ketawa memanjang tengok lagak masing dar episode ke episode. Siapa tak tengok memang rugi.

Tambah syok lagi dengan watak mereka ni :
  • Song Ji Hyo & Kang Gary - diorang ni "Monday Couple", Aww..Aww.. Ji Hyo ni Blank Blank sikit. sebab tu dalam Running Man dapat nama "Blank Ji Hyo"
  • Kim Jong Kook - Ni pulak "Unbeatable", Tengok badan pun da tau kan. =)
  • Yoo Jae Suk - MC Running Man "You-ruce Willis" / Grasshopper. Dia ni banyak bercakap.
  • Ji Suk Jin - "Great Nose Brother". Dia ni la yang paling veteran dalam Running Man. =D
  • HaHa - Dia ni memang paling nakal n lawak. Suka betul buat muka. Watak dia "Haroro".
  • Kwang Soo - Hahaha..selalu beno kena buli. Tinggi tinggi macam Avatar. tu yang dapat nama "Kwang-vatar"


*Kalau korang tak ada mood or boring ke. Apa lagi, Jom tengok Running Man sama-sama. Ketawa sama-sama =) Ketawa itu kan ubat segala penyakit.

Sumber : Korea.com

Thursday, March 1, 2012

Suai Kenal Blogger GBS

Assalamualaikum & Hey Allls (barat la sikit,hehe)

Terima kasih pada Tok Ketua Kampung GBS, Tok Ketua sangat berdedikasi orangnya. Usahanya untuk merapatkan hubungan antara Blogger GBS yang masih baru ataupun otai-otai dalam aktiviti blogger ni. Hasil usaha yang kita dapat di sini, kita dapat tambah kenalan baru2 yang superb sengal dan happening. Lastly, Tok Ketua pun buat Segmen Kenali Blogger GBS untuk anak-anak kampungnya.

Hasil pilihan Tok Ketua, ahli yang terpilih dalam segmen ini ialah NAIEMAH RAMLI.
Lepas dah interview, tanya punya tanya. Beliau pun bercerita, pada awalnya beliau buat blog ni just untuk suka-suka sahaja. Pengetahuan mengenai blogger beliau pun 0-0. Tetapi, punca semangat beliau datang bila berjumpa dengan kawannya. Kawan beliau terangkan syoknya berblogger ni.

Kawan : eh...kau ada blog tak?
Naiemah : Ada !
Kawan : Haaa...bagus2. Nak link blog hang.
Kawan : Hang aktif la blogger ea, jadi blogger ni best taw. Ramai member hang dapat kenal
nanti.
Naiemah : ok ok...tapi aku tak ada idea la nak designkan blog ni macam mana. Hang tolong la
la aku design ea.
Kawan : Orait....aku tolong . Nanti dah siap kita berblogging sama-sama ok ! =)

Dan dari situlah Naiemah Ramli mula semangat nak berblogging. Beliau juga mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan dunia blogger ini sebab beliau malu-malu meoww meowww orangnya. Samala macam aku muda2 dulu. hehehe.


Naiemah Ramli betul-betul mula aktif dalam blogging ni selepas tamat study dalam bulan 8 pada 2011. Beliau mula terokai macam-macam tentang blog ni. Entry beliau pula banyak mengisahkan peribadinya dan perkara yang pernah beliau lalui untuk dikongsi bersama dengan pembaca.
Samalah kita Naiemah Ramli. Just story about we through in life.

Beliau seorang paramedic...haha. bukan bukan. Naiemah study dalam kos Medical Laboratory Technology (*Search la kt google kalau nak tau, wa pun search taw =P) Beliau juga anak kelima dari lima adik beradik. Haa...Tu diaaa anak kedah ni anak bongsu rupanya.

Warna tema blog beliau warna purple purple gitu....Siap ada lips yang menggoda. aww aww~ Sekarang design tu dah jadi design tetap dalam blog beliau.
Nak tengok

Jom terjah blog


Macam-Macam Ada~