Friday, March 30, 2012

EARTH HOUR 2012 | MARI BERGELAP |





Earth Hour ni tiap2x tahun ada buat. Organisasi Earth Hour ni bertujuan untuk menyelamatkan bumi daripada kepanasan global yang semakin panas ni. Huh~!
Korang pun perasan, sekarang ni banyak tempat da panas & dah tak sejuk. Ce tengok Cameron Highland yang dulu nya sejuk sampai 3 baju tebal pun gigil cm parkinson je an. Sekarang...Pakai pagoda yang tergoda tu pun boleyyy. Huhu. Sama la jugak dengan Genting Highlands. Da kureng sejuknya..


Gambar 2010 punya EARTH HOUR


Okeyh ! Nak kurangkan kepanasan kat bumi ni tak? Jom join Earth Hour ni.

Jam :
8.30 PM - 9.30 PM

Tarikh :
31 March 2012



Thursday, March 29, 2012

KLCC TERBAKAR ?? | BERASAP ?? |

Huh ??
Biar betul !!
Imagine aku dah ke lain imagine aku. Fuhh~ aku imagine KLCC dah berapi-rapi pastu da senget sebelah, pastu jatuh ke bawah. =_=" Teruk bebeno imaginasi aku. Haha. Rupa-rupanya hanya asap je. Atas bantuan bomba yang speed laju punya, dapat la kawal asap tu sikit2. Semua orang berkumpul dekat luar KLCC untuk langkah berjaga-jaga.

Kejadian ni berlaku petang tadi dalam jam 5 ptg ke 6 ptg.
29 Mac 2012.






Harap2 KLCC sebagai Menara Berkembar Tertinggi di Dunia ni tetap tegap dan bertahan. =) Peace yoo~!

Kredit : Himpunan cerita (FB)

Sunday, March 25, 2012

Mengapa Kita Perlu Selalu Bergembira?




Selama 5 minit kita MARAH, imun sistem tubuh kita mengalami depressi selama 6 jam.
Dendam, menyimpan kepahitan, imun tubuh kita perlahan2 mati. Disitulah bermula awal segala penyakit.


STRESS mengakibatkn kolesterol meningkat, darah tinggi, Jantung, rheumatik, arthritis, Stroke (perdarahan/penyumbatan pembuluh darah).


Jika kita sering membiarkan diri kita STRESS, maka kita sering mengalami
GANGGUAN PENCERNAAN.


Jika MUDAH TERSINGGUNG, maka kita akan cenderung terkena penyakit
INSOMNIA (susah tidur).


Jika sering mengalami KEBINGUNGAN, maka kita akan terkena GANGGUAN TULANG BELAKANG d BAHAGIAN BAWAH.


Jika sering membiarkn diri kita merasa TAKUT yg BERLEBIHAN, maka kita akan mudah trkena penyakit GINJAL.


Jika suka ber-NEGATIVE THINKING, maka kita akan
mudah terkena DYSPEPSIA (penyakit sulit mencerna)


Jika kita mudah EMOSI & cendrung PEMARAH, maka kita terdedah kpd penyakit HEPATITIS.


Jika sering BERSEDIH & merasa selalu RENDAH DIRI, maka kita berpotensi utk terkena penyakit LEUKEMIA (kanser darah putih).


Sumber: Buku "The Healing and Discovering the Power of the Water" by Dr. Masaru Emoto


Saturday, March 24, 2012

Serius Air Asia Boleh Terbang??



Serius la, tak kan tak boleh kot.
Kalau tak boleh buat apa ada bisnes Penerbangan kan.

Sebenarnya aku nak balik Semenanjung dah, Tak sabar pulak rasa kan.
Fuh..amat lah menyeksa nak tggu waktu flight nih.
Gua kena datang awal, pukul 2 pm (duaq) da poei Airport Bintulu.
4.30pm Nanti baru terbang ke Awan Dania
Yela mana taknya, Bas kampus gua anta awal pi airport. Tapi ok la..Bole la singgah makan dulu.
Nak makan atas flight memang haram jadah mahal lah. Tapi SEDAP !



Ok..nak pergi terbang dah ni.
Doakan aku selamat sampai ke destinasi.
Babai Borneo, Hi Semenanjung.


*Gambar tahun lepas punya.

Friday, March 23, 2012

SNSD Sudah Sampai Di Malaysia | Konsert Twin Tower@KLCC | Percuma ! |


Hai K-Pop Fans !

Oyeahh~ Bagi peminat-peminat K-Pop yang selalu nya bagi gadis-gadis remaja ni, ada berita yang baik untuk anda. Kumpulan K-Pop dari korea iaitu Girl Generation ataupun dikenali sebagai SNSD. Sudah tiba di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) pada jam 5.30 petang 23 March 2012.




The girls have arrived at KLIA


Mengapa mereka di Malaysia ?

Girl Generation (SNSD) akan membuat persembahan dan akan bergandingan dengan bekas ahli kumpulan The Pussycat Dolls, Nicole Scherzinger iaitu bekas ahli kumpulan Pussycat Dolls. Selain itu, konsert ini juga akan mempersembahkan penyanyi daripada Amerika, Kelis dan pemuzik dari Greek iaitu Orianthi Panagaris.


Konsert Twin Tower @ KLCC Live 2012, pada 23 & 24 March 2012 yang akan berlangsung di KLCC diadakan bagi menggantikan Konsert F1 Rocks yang telah dibatalkan atas sebab yang tertentu.
BERITA BAIK yang nak disampaikan adalah Tiket Persembahan & Tiket Masuk ke Konsert Twin Tower @ Live 2012 adalah PERCUMA ! Oleh itu, nanti pergi konsert ni bawak duit makan untuk isi perut je lah. =) Tak perlu keluar duit untuk menyaksikan Konsert Girl Generation & Nicole.

Ini kenyataan media mengenai Konsert Twin Tower @ KLCC


Ada siapa2 nak teman wa pergi? Jarang aku pergi Konsert2 International Celebrity nih. Haha !
Kalau korang pergi contact2 la wa okeyh ! Pergi sesama. k babai !

Thursday, March 22, 2012

Terserlah Kegembiraan Di Wajah


Woah !
Akhirnya, tamat sudah pengajian aku pada semester 4 di UPMKB.
Sudah tiba masanya aku pulang ke Tanah Airku di Semenanjung.
3 bulan aku akan tinggalkan Bintulu ini.
Pasti aku akan merinduimu.

Airasia ! Wait for me...I will use u to reach my destination.

*aku yang berbaju merah menyala di tengah2*
Oyeahhh baby !




Macam-Macam Ada~