Showing posts with label pelik. Show all posts
Showing posts with label pelik. Show all posts

Friday, April 6, 2012

Iklan Yang Meloyakan dan Jijik



Hari ni aku pusing2 kat Bandar Baru Bangi. Saja bosan2 tak tau nak buat apa kat rumah..nak hilangkan sunyi dan bosan tu aku jalan2 tanpa hala tuju. berhenti kat trafic light kat situ kat sini. Aku asyik nampak iklan niiiii je. Haishh..Naik geram plak aku tengok iklan ni. Sape la yang beli mendalah ni. Letak iklan bersepah sepah plak tu. Menjijikkan mata aku je...

Ni la iklan nya..



Diorang ni gunakan taktik 'adult toy' dan 'ubat kuat lelaki' tambah2 lagi diorang guna translate dalam bahasa cina untuk menarik lebih perhatian terhadap pelbagai golongan dan kaum.
Apa yang aneh, informasi yang aku dapat dari sumber, setiap iklan dan kawasan yang digantung iklan yang jijik ni, contact no diorang semua lain lain. Maybe untuk mengelakkan sebarang risiko mcm la kot. kan.

Apa yang aku tak suka, memang aku tak suka.
Iklan macam ini tidak sepatutnya disiarkan lebih-lebih lagi di tempat awam kerana boleh dilihat semua orang termasuk kanak-kanak. Gua dan orang lain rimas dan geli setiap kali terbaca ayat pada iklan itu ketika berhenti di lampu isyarat.



Baru Sedar Isteriku ---> LELAKI


KUALA LUMPUR: Selepas setahun melayari bahtera perkahwinan, barulah si suami mengesyaki isteri ketiganya, pengusaha butik kecantikan adalah seorang lelaki.

Ini menyebabkan bekas dekan di sebuah institusi pengajian tinggi awam, Dr Bahrom Sanugi, 61, memfailkan faraq (membubarkan perkahwinan) dengan Sri Wani Choo Abdullah, 37.

Peguam Syarie, Muhammad Hafiz Ab Rashid yang mewakili Bahrom memberitahu wartawan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam, Bahrom selaku plaintif memfailkan permohonan faraq itu pada 17 Januari 2011 di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Katanya, anak guamnya juga hanya menyedari dia mengahwini seorang lelaki pada penghujung 2010 iaitu setahun selepas mereka berkahwin di Songkhla, Thailand, 19 Ogos 2009.


Anak guamnya turut mempunyai bukti, termasuk sijil lahir serta nombor kad pengenalan Sri Wani yang menyatakan dia adalah lelaki berdasarkan nombor terakhir iaitu nombor ganjil.


SUMBER

* * * *

*agagagaga. Apa ke pelik setahun dah bersama baru perasan isteri dia laki laki. Haiiyaaa..ammaa apppaaa. Tu la, mungking dia amalkan sgt tips "muka tak cantik takpe, Lampu boleh tutup." (-_-)




Macam-Macam Ada~