Thursday, May 17, 2012

Aku Isi Minyak Dekat "HELL" ?? Oh Tidak !!





Huh ! Huh ! Huh !
Selama ni aku isi minyak kereta ngan moto moto aku tu. Aku isi kat sini.

Arghh ~!! Patotla enjin aku selalu panas. tak sejuk sejuk !!
Tapi tapi..
Jadi Super Power.
^______^


*Anyway, minyak Ron97 SHELL memang terhebat ! tapi tapi..da mahal. RM2.90 per litre.

Sumber : FB



Huh ? Gambar Boleh Berpusing ?



Kan Kan Kan ??
Haa korang tak pecaya..tapi dah terpedaya.
hehe.
Berpusing jugak la tu.

^____^


Tuesday, May 15, 2012

Mari Menyokong Kempen Bebaskan Palestin





<3 <3 <3 <3

Jadikan lah gambar gambar ni sebagai DP anda di Laman sosial korang yeee.

FB & tweet

*Pandai2 la korang crop . =)



Sunday, May 13, 2012

Suatu Ketika


Dress up yang di dress up kan oleh ibuku. hehe =)

Raut wajah mendamaikan dan sesuci selembut hati.
Sinar mata mempersona bagai gugur seluruh jantungku.

Bila tengok tengok balik album gambar masa kecik molek, macam macam terlintas kat fikiran.
ITU...INI...SANA...SINI...

Bila umur ni dah meningkat tua..terasa, hidup ni cepat sangat go on kan.

Nikmatilah hidup ni dengan sebaiknya,
dan berbaktilah kepada ibu kamoo kamoo semua.
Selagi mereka masih didepan mata.

SELAMAT HARI IBU, MAK

Tuesday, May 1, 2012

Woah ! NIKON D3200 & Mirrosless Camera









Ada jugak yang warna merah body dia.
Oyeahh !




Nikon D3200

  • 24.2 Megapixel DX CMOS Sensor
  • EXPEED III Image Processing
  • ISO Range from 100-6400 with Hi ISO 12,800
  • WiFi Connectivity With External WU-1A WiFi Adapter
  • 1080p HD Video
  • 4 Frames Per Second
Tapi...tapi..tapi...Aku kurang minat dengan DSLR walaupun dia memang BEST !
Aku lagi suka guna MIRRORLESS camera.

Yang mcm ni haa...fuhh, menggoda gila !

Canon S100

12.1 Megapixels | 3'' screen | 24-120mm (5x)

Lagi aku tergoda tak payah nak goda goda,
Kalau aku ada bajet lebih.
Nak angkat yang kt bawah ni.

Sony Alpha NEX-7



24.3 Megapixels | 3'' screen | APS-C sensor

Perghh...hebakk hebakk.
Dapat ni memey puas ati.

Semua ni aku punye future wish. Time tu pun aku rasa da banyak harga dia turun. So, tunggu la lame2 sikit. sekarang pun tak mampu lagi la seyh. Belajar lagi an. Da kerja nanti. Pandai2 la bahagi duit. Hihihi.

Nak tau kenapa aku lagi suka Mirrorless, kenapa bukan DSLR??
Sebab Mirrorless KECIK tapi SUPERB. Senang nak bawa pergi mana2..sumbat dalam beg kecik pun da boleh.
DSLR ?? Besar gedabaqqq..hamekk kau. Leleh peluh nak bawak. Sebab lens dia best2?? Mirrorless bole tuka2 lens beb..

Tu je sebabnya. =)



Thursday, April 26, 2012

Don't You Remember - Masih Ke awak ingat?



Bila aku dengaq lagu nih. Hati aku...Dup Dap Dup Dap.
Lagi aku fikir apa, Lagi la aku tak tau


Btw...Lagu ni memang Ohsem ~!



Monday, April 23, 2012

Tiap Tiap Hari Nak Peluk Isteri


Umur da cecah puluh2 ni..Tandanya tak lama lagi dah nak kahwin kot. Ahakz ~ Gatai naaa ! Okeyh2.. Yang penting dapat kerja tetap yg dapat jamin makan minum hidup ni n stabil. Baru la fikir bab2 kahwin ni. Nanti korang dah kahwin jangan lupa jemput aku ok. Nanti aku pun jemput korang. cewahhh~ *Pahal la asyik buka bab kahwinnnn je*

Nanti jangan lupa peluk isteri selalu taw..kalau bole selalu la. jangan jemu~ =) sebab : KLIK SINI & KLIK SINI


1) Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan ubuh badan kita.


2) Suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan memeluk isterinya selalu.


3) Hubungan intim dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berterampilan menarik sekali.


*Aku nak ingatkan korang, Kahwin tu bukan perkara yang mudah. Banyak tanggungjawab yang kena pikul.


Sumber : MAMA

Thursday, April 19, 2012

Gambar Dinner jadi Header ! ^__^

Semalam tak bole tido punya pasal,
belek2 gambar masa dinner tahun lpas,
*jumpa, ok yg ni laa.

~~
TADAAAA~~
Jom CLICK SINI. Bole kasi gambar ni jadi cantik lagi. =) KLIK SINI



Aumm Aummm.
Time ni tgh tunggu yg lain2 sebab aku jadi juru tembak gambar time ni,
so sebelum semua orang kena tembak, baik suruh orang tembak gambar aku dulu.
hehehe.
Ok
Babaiii~~

Sebelum tu minta tolong korang KLIK SINI & SINI
Nak tengok Jamie Oliver masak makanan Malaysia?? KLIK SINI

Thanks korang !
^___^

*Jom join Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 di PWTC. Lompat disini untuk kesana dan dapat baucer diskaun. =)


Sunday, April 15, 2012

TGV Cinema Sunway Piramid : Beans Seat.





Wahhh...Tekezutt aku tengok kerusi dia macam ni.
Kerusi baru wujud dekat
TGV SUNWAY PIRAMID

Boleh tidur nih, tak terlayan wayang kalau aku dapat kusi ni. ZzZzZzZz ~~
Kerusi ni actually di isi dengan kacang2 kalau tak silap. Sebab nama mat salleh krusi nih,
"Beans Seats"
|Beans = Kacang |
Nampak macam boleh duduk baring tidur apa semua..kan kan.
tapi seat ni actually bole muat 3 orang, tapi utk 2 orang je. Couple seat lah katakan.

Tak ada la mahal sangat, member2 aku cakap.
Dalam RM19 da bole baring2 kt krusi bean bean ni.

Its better for comfort watching.
or something else. erhh.
Positive positive.
Tidur yang nyenyak
hehe
=)

Saturday, April 14, 2012

Mari Berpanggung Wayang : BATTLESHIP



Hai guyss...Hi gurll...Fuh Fuhh. ( fuh fuh da macam jampi lak)

Hari Sabtu..Pagi2 hari lagi aku dah bersiap-siap nak pergi Mid Valley. Tengok wayang la katakan, tapi da nama pun pergi Key Ell masa hujung minggu. Hamekk...Beratur punyala panjang. Nsib baikla aku datang awal jugaklah. Dapat beli tiket sebelum habis kan.

Tiket2 movie lain yang dah habis, ada seorang akak yang agak kelam kabut dan nak cepattt je. Buat announcement dengan kuat sekuatnya volume dia. Perghh...satu Mid Valley bole dgr kott. Gile perit telinga aku sampai keluar taik telinga. Tapi bagus jugakk....tak pekak dah aku lepas taik telinga aku keluar ketul2. *erghhh ~

BATTLESHIP


  • 4 Bintang aku bagi dari 5 Bintang.
  • Jalan cerita dia memang best dari awal sampai akhir.
  • Ada jugak lawak2 so, tak ada la boring sangat.
#Hati senang, Hati gembira.

Friday, April 13, 2012

Fuhhh..Indahnya Breakfast Macam Ni.


Hi Goodmorning
nak breakfast kan.
Pagi2 cegini wa rasa nak pegi sarapan kat KFC lah.
Nak jugak try sekali sekala kan sarapan cegini.


Setiap cawangan KFC yang 24jam ada sediakan PROMOSI dari 6pm - 9pm untuk setiap pembelian Dinner Plate combo.
Korang pastu dapat Dinner Plate yang kedua ala Carte




Monday, April 9, 2012

Kecantikan Yang Hakiki


Assalamualaikum.


Cantik? Hensem?

Kalau nak kata dia cantik..."wahh, hensem la dia".

Tak semua orang dapat dipanggil cantik atau hensem. Jadi, kita mesti ada satu persamaan dalam satu nilai samada cantik atau tak. Tapi kan..pernah tak kita terfikir apa yang mencorakkan penilaian kita pada sesuatu yang cantik tu. Sama ada kecantikan yang dikagumi tu di kongsi dengan semua orang atau pun kan, dgn persekitaran. Macam kawan-kawan.

Ada yang kata mata sepet tu cute
Ada yang kata badan ketui2 tu macho
Ada yang kata bibir tebal muncung tu cantik
Tapi itu semua pendapat dan taste memasing.

Sebenarnya la kan ramai wanita yang cantik dan lelaki yang hensem didunia ni. Tapi klau la dari segi fizikal sahaja. Ramai yang tak tahu samada dalaman nya cantik ataupun tidak.
Kecantikan fizikal ni sememangnya la bagus an, tapi dari fizikal kita cantik tu. Ingat ingat la ea kawan kawan. Semua tu hanyalah sementara.

" Ramai orang boleh jadi cantik dgn muka, badan dan pakaian kan. Tapi sebenarnya, kecantikan yg kekal hakiki adalah peribadi yang baik."


^__^


Sunday, April 8, 2012

Camera LOMO hanya RM25 | BODY + WATERPROOF |





Kamera yang simple
dan mengekalkan ciri ciri klasik
menggunakan kodak ataupun filem.




Guna LOMO ni memang syok
harga pun berpatutan jom tengok2x
RM25 sahaja
Nak tau apa FREE GIFT apa lagi yang dapat


Nak tengok gambar body LOMO yang lain macam mana
Yang ada corak2 punya.
Yang kat atas tu kan yang plain je.


CONTOH HASIL GAMBAR




Cantik kan? Berminat...

-thanks-

Friday, April 6, 2012

RM150.00 Cash | Give Away From lidarahim.com

Harini gua join Give Away dari Kak LIDA RAHIM, apa yang aku tertarik kat GA akak ni, dia bagi cash. weweweweewe.
Walaupun tak banyak...apa salahnya mencuba kan. Then...dapat jugak kenal2 dengan diorang semua. Yooo~!


Oke hadiah adalah berjumlah RM150 tunai akan diagih-agihkan sebegini :

Hadiah Utama : 1 orang x RM50.00 tunai

Hadiah Kedua : 2 orang x RM30.00 tunai

Hadiah Ketiga : 2 orang x RM20.00 tunai

Hadiah Saguhati x 10 orang

(Harap-harap adalah 15 orang yang join hehe)

So, macam biasalah kan, mesti ada syarat-syaratnya iaitu :-

1. Sediakan satu entri khas yang bertajuk : :: RM150.00 Cash | Give Away From lidarahim.com :: dan linkkan ke entri ini

2. Copy & paste senarai hadiah di bawah ini ke dalam entri kamoo-kamoo.

Hadiah Utama : 1 orang x RM50.00 tunai Hadiah Kedua : 2 orang x RM30.00 tunai Hadiah Ketiga : 2 orang x RM20.00 tunaiHadiah Saguhati x 10 orang

3. Terbuka kepada blogger warganegara Malaysia sahaja.


4. Nak follow blog ini dialu-alukan tetapi tidaklah diwajibkan. Tapi make sure la masa pengumuman pemenang nanti dapat alert dan beri feedback dalam masa 3 hari selepas pengumuman dibuat. Lepas 3 hari tak der feedback, automatik LR akan buat cabutan baru untuk pemenang baru k.


5. Nak tag kawan-kawan juga dialu-alukan tapi tidaklah diwajibkan.


6. Tinggalkan link lengkap entri kamoo-kamoo di ruangan komen entri ini. Oh ya.. letakkan sekali ID facebook atau alamat emel untuk mudah dihubungi nanti.

7. Tarikh tamat GA ini pada 07.05.2012 jam 12.00 tengahari.


Sudi-sudikan join ye

Nak join, Klik SINI

Iklan Yang Meloyakan dan Jijik



Hari ni aku pusing2 kat Bandar Baru Bangi. Saja bosan2 tak tau nak buat apa kat rumah..nak hilangkan sunyi dan bosan tu aku jalan2 tanpa hala tuju. berhenti kat trafic light kat situ kat sini. Aku asyik nampak iklan niiiii je. Haishh..Naik geram plak aku tengok iklan ni. Sape la yang beli mendalah ni. Letak iklan bersepah sepah plak tu. Menjijikkan mata aku je...

Ni la iklan nya..



Diorang ni gunakan taktik 'adult toy' dan 'ubat kuat lelaki' tambah2 lagi diorang guna translate dalam bahasa cina untuk menarik lebih perhatian terhadap pelbagai golongan dan kaum.
Apa yang aneh, informasi yang aku dapat dari sumber, setiap iklan dan kawasan yang digantung iklan yang jijik ni, contact no diorang semua lain lain. Maybe untuk mengelakkan sebarang risiko mcm la kot. kan.

Apa yang aku tak suka, memang aku tak suka.
Iklan macam ini tidak sepatutnya disiarkan lebih-lebih lagi di tempat awam kerana boleh dilihat semua orang termasuk kanak-kanak. Gua dan orang lain rimas dan geli setiap kali terbaca ayat pada iklan itu ketika berhenti di lampu isyarat.



Negara Paling Bahagia | Malaysia Ranking Ke-51


NEW YORK: Malaysia diiktiraf sebagai negara ke-51 paling gembira di dunia berdasarkan kaji selidik terbaru oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Status Malaysia yang mana penduduknya hidup paling bahagia dan gembira di dunia terkandung dalam 'Laporan Kebahagiaan Sedunia' yang dikeluarkan di ibu pejabat PBB di New York baru-baru ini.

Laporan tersebut, yang dikumpul bagi Persidangan PBB Mengenai Kebahagiaan di New York Isnin lalu adalah berdasarkan maklum balas kaji selidik dari tahun 2005 hingga pertengahan 2011 bagi mengukur tahap kebahagiaan 156 negara.

Kaji selidik itu dibuat berdasarkan beberapa penunjuk antaranya kemakmuran kebendaan, kecenderungan umum seseorang dan tahap kepuasan dengan aspirasi asas masing-masing.

Bagaimanapun, Malaysia menduduki ranking kedua di Asia Tenggara di belakang Singapura yang muncul sebagai negara paling gembira di rantau itu.

Mengikut senarai dunia itu, Singapura menghuni tangga ke-33, Thailand (52), Myanmar (72) dan Indonesia di ranking ke-83.

Negara maju Scandinavia seperti Denmark, Finland dan Norway menduduki tiga tempat teratas dalam senarai tersebut yang mencadangkan penduduk negara kaya cenderung untuk lebih bahagia walaupun kekayaan tidak menjadi faktor penentu untuk mengukur tahap kebahagiaan.

"Kebebasan politik, rantaian sosial yang mantap dan ketiadaan amalan rasuah adalah faktor bersama yang lebih penting daripada pendapatan dalam mengukur perbezaan kesejahteraan," menurut laporan itu.

Pada tahap individu pula, kesihatan mental dan fizikal yang baik, tempat seseorang untuk bergantung, jaminan pekerjaan dan keluarga yang stabil merupakan faktor penting, kata laporan itu

Amerika Syarikat, negara paling kaya di dunia, menduduki ranking ke-11, Jepun di tempat ke-44, China di tempat ke-111 di belakang Iran (84) dan Syria di tempat ke-106.

Negara yang paling tidak bahagia ialah Togo, negara Afrika Barat. - BERNAMA


Tgk family Aaron aziz...Happy Happy. ^__^

Walaupun dia orang singapore. dia masuk malaysia happy jugak =)


SUMBER


Baru Sedar Isteriku ---> LELAKI


KUALA LUMPUR: Selepas setahun melayari bahtera perkahwinan, barulah si suami mengesyaki isteri ketiganya, pengusaha butik kecantikan adalah seorang lelaki.

Ini menyebabkan bekas dekan di sebuah institusi pengajian tinggi awam, Dr Bahrom Sanugi, 61, memfailkan faraq (membubarkan perkahwinan) dengan Sri Wani Choo Abdullah, 37.

Peguam Syarie, Muhammad Hafiz Ab Rashid yang mewakili Bahrom memberitahu wartawan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam, Bahrom selaku plaintif memfailkan permohonan faraq itu pada 17 Januari 2011 di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Katanya, anak guamnya juga hanya menyedari dia mengahwini seorang lelaki pada penghujung 2010 iaitu setahun selepas mereka berkahwin di Songkhla, Thailand, 19 Ogos 2009.


Anak guamnya turut mempunyai bukti, termasuk sijil lahir serta nombor kad pengenalan Sri Wani yang menyatakan dia adalah lelaki berdasarkan nombor terakhir iaitu nombor ganjil.


SUMBER

* * * *

*agagagaga. Apa ke pelik setahun dah bersama baru perasan isteri dia laki laki. Haiiyaaa..ammaa apppaaa. Tu la, mungking dia amalkan sgt tips "muka tak cantik takpe, Lampu boleh tutup." (-_-)




Tuesday, April 3, 2012

I Cannot Lie to Myself



Im always searching for u....On the side platform or through window on the mall even though I know you can't be there. If my wish were come true, I would be at your side there would be nothing I couldn't do. I would risk everything to embrace you. If only avoid lonelineless anyone will do but on this night when it seems stars on my place Seremban. It seems stars will fall from the sky, I cannot lie to myself. One more time, Don't fade me away. One more time, I want that time when we fooled together. Spent together. Enjoyed Together. If miracle happen, I want to spent time with you, show you right now and the words that i missed to said like the past. The memories of us revolved around me and your throbbing heartbeat that suddenly stopped. I searching u in the city at the shop im going to, in the corner of bus stop like usually. Even though I know again you can't be there. I always end up looking somewhere for your smile. Just because i would want nothing more precious than you....



EVEN THOUGH I KNOW IT




Friday, March 30, 2012

EARTH HOUR 2012 | MARI BERGELAP |





Earth Hour ni tiap2x tahun ada buat. Organisasi Earth Hour ni bertujuan untuk menyelamatkan bumi daripada kepanasan global yang semakin panas ni. Huh~!
Korang pun perasan, sekarang ni banyak tempat da panas & dah tak sejuk. Ce tengok Cameron Highland yang dulu nya sejuk sampai 3 baju tebal pun gigil cm parkinson je an. Sekarang...Pakai pagoda yang tergoda tu pun boleyyy. Huhu. Sama la jugak dengan Genting Highlands. Da kureng sejuknya..


Gambar 2010 punya EARTH HOUR


Okeyh ! Nak kurangkan kepanasan kat bumi ni tak? Jom join Earth Hour ni.

Jam :
8.30 PM - 9.30 PM

Tarikh :
31 March 2012



Thursday, March 29, 2012

KLCC TERBAKAR ?? | BERASAP ?? |

Huh ??
Biar betul !!
Imagine aku dah ke lain imagine aku. Fuhh~ aku imagine KLCC dah berapi-rapi pastu da senget sebelah, pastu jatuh ke bawah. =_=" Teruk bebeno imaginasi aku. Haha. Rupa-rupanya hanya asap je. Atas bantuan bomba yang speed laju punya, dapat la kawal asap tu sikit2. Semua orang berkumpul dekat luar KLCC untuk langkah berjaga-jaga.

Kejadian ni berlaku petang tadi dalam jam 5 ptg ke 6 ptg.
29 Mac 2012.






Harap2 KLCC sebagai Menara Berkembar Tertinggi di Dunia ni tetap tegap dan bertahan. =) Peace yoo~!

Kredit : Himpunan cerita (FB)

What if 4 years of your life dissappeared?



Its too hard too explain
How u can imagined it?
Can u get it back?
Can u remembered back?
Are u trying?



Im trying to get it back. Life is not about moment of impact that can changes our life forever.
What if one day we can't remember anything. I want we remembered it back. Back together. Start over again.


Sunday, March 25, 2012

Apa Aku Ingat Dari Kenangan2x Yang Lepas?

Apa yang kita ingat dari kenangan2 yang diri kita lalui?

Nama tempat, nama permainan, nama teman ataupun kejadian
Adalah hal2 yang lambat laun kita akan terlupa tapi bukan dengan rasa.

Rasa senang..rasa sedih yang akan terus kita bawa tanpa tercicir di sepanjang perjalan kita.

Dan semakin kita dewasa, kita akan menyedari bahawa di antara kenangan2 tersebut ada satu rasa yg paling besar iaitu

C I N T A

Kerana ketika satu per satu cerita berhenti dan menjadi kenangan, cinta terus bergerak seiring harapan yang menyertai dia.

Cinta yang tak terlihat oleh mata. tak beroleh tangan tapi dia ada, bahkan sebelum kita mengucapkannya.

Cinta yang sejati, Cinta yang kita kira sudah pergi, ternyata cuma bersembunyi, menunggu untuk kembali lagi.


-For my beloved-

#Sekadar luahan rasa hati aku ni. Sorry buat korang feeling2 sedih. Harap bahagia di samping dia.

Mengapa Kita Perlu Selalu Bergembira?




Selama 5 minit kita MARAH, imun sistem tubuh kita mengalami depressi selama 6 jam.
Dendam, menyimpan kepahitan, imun tubuh kita perlahan2 mati. Disitulah bermula awal segala penyakit.


STRESS mengakibatkn kolesterol meningkat, darah tinggi, Jantung, rheumatik, arthritis, Stroke (perdarahan/penyumbatan pembuluh darah).


Jika kita sering membiarkan diri kita STRESS, maka kita sering mengalami
GANGGUAN PENCERNAAN.


Jika MUDAH TERSINGGUNG, maka kita akan cenderung terkena penyakit
INSOMNIA (susah tidur).


Jika sering mengalami KEBINGUNGAN, maka kita akan terkena GANGGUAN TULANG BELAKANG d BAHAGIAN BAWAH.


Jika sering membiarkn diri kita merasa TAKUT yg BERLEBIHAN, maka kita akan mudah trkena penyakit GINJAL.


Jika suka ber-NEGATIVE THINKING, maka kita akan
mudah terkena DYSPEPSIA (penyakit sulit mencerna)


Jika kita mudah EMOSI & cendrung PEMARAH, maka kita terdedah kpd penyakit HEPATITIS.


Jika sering BERSEDIH & merasa selalu RENDAH DIRI, maka kita berpotensi utk terkena penyakit LEUKEMIA (kanser darah putih).


Sumber: Buku "The Healing and Discovering the Power of the Water" by Dr. Masaru Emoto


Saturday, March 24, 2012

Serius Air Asia Boleh Terbang??



Serius la, tak kan tak boleh kot.
Kalau tak boleh buat apa ada bisnes Penerbangan kan.

Sebenarnya aku nak balik Semenanjung dah, Tak sabar pulak rasa kan.
Fuh..amat lah menyeksa nak tggu waktu flight nih.
Gua kena datang awal, pukul 2 pm (duaq) da poei Airport Bintulu.
4.30pm Nanti baru terbang ke Awan Dania
Yela mana taknya, Bas kampus gua anta awal pi airport. Tapi ok la..Bole la singgah makan dulu.
Nak makan atas flight memang haram jadah mahal lah. Tapi SEDAP !



Ok..nak pergi terbang dah ni.
Doakan aku selamat sampai ke destinasi.
Babai Borneo, Hi Semenanjung.


*Gambar tahun lepas punya.

Jatuh Cinta






Saya pasti di dunia ini semua ingin ada kekasih
Untuk mecintai dan dicintai
Cuma mungkin kadang2 kita takut ditakdirkan
kita hanya mencintai, bukan dicintai.
Kalau kita jatuh cinta
Makan lebih kenyang, bibir senyum senyum terus
Jalan pun seperti tak nampak tanah
Seperti terbang..Melayang





Friday, March 23, 2012

SNSD Sudah Sampai Di Malaysia | Konsert Twin Tower@KLCC | Percuma ! |


Hai K-Pop Fans !

Oyeahh~ Bagi peminat-peminat K-Pop yang selalu nya bagi gadis-gadis remaja ni, ada berita yang baik untuk anda. Kumpulan K-Pop dari korea iaitu Girl Generation ataupun dikenali sebagai SNSD. Sudah tiba di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) pada jam 5.30 petang 23 March 2012.




The girls have arrived at KLIA


Mengapa mereka di Malaysia ?

Girl Generation (SNSD) akan membuat persembahan dan akan bergandingan dengan bekas ahli kumpulan The Pussycat Dolls, Nicole Scherzinger iaitu bekas ahli kumpulan Pussycat Dolls. Selain itu, konsert ini juga akan mempersembahkan penyanyi daripada Amerika, Kelis dan pemuzik dari Greek iaitu Orianthi Panagaris.


Konsert Twin Tower @ KLCC Live 2012, pada 23 & 24 March 2012 yang akan berlangsung di KLCC diadakan bagi menggantikan Konsert F1 Rocks yang telah dibatalkan atas sebab yang tertentu.
BERITA BAIK yang nak disampaikan adalah Tiket Persembahan & Tiket Masuk ke Konsert Twin Tower @ Live 2012 adalah PERCUMA ! Oleh itu, nanti pergi konsert ni bawak duit makan untuk isi perut je lah. =) Tak perlu keluar duit untuk menyaksikan Konsert Girl Generation & Nicole.

Ini kenyataan media mengenai Konsert Twin Tower @ KLCC


Ada siapa2 nak teman wa pergi? Jarang aku pergi Konsert2 International Celebrity nih. Haha !
Kalau korang pergi contact2 la wa okeyh ! Pergi sesama. k babai !

Macam-Macam Ada~

There was an error in this gadget