Status Malaysia yang mana penduduknya hidup paling bahagia dan gembira di dunia terkandung dalam 'Laporan Kebahagiaan Sedunia' yang dikeluarkan di ibu pejabat PBB di New York baru-baru ini.
Laporan tersebut, yang dikumpul bagi Persidangan PBB Mengenai Kebahagiaan di New York Isnin lalu adalah berdasarkan maklum balas kaji selidik dari tahun 2005 hingga pertengahan 2011 bagi mengukur tahap kebahagiaan 156 negara.
Kaji selidik itu dibuat berdasarkan beberapa penunjuk antaranya kemakmuran kebendaan, kecenderungan umum seseorang dan tahap kepuasan dengan aspirasi asas masing-masing.
Bagaimanapun, Malaysia menduduki ranking kedua di Asia Tenggara di belakang Singapura yang muncul sebagai negara paling gembira di rantau itu.
Mengikut senarai dunia itu, Singapura menghuni tangga ke-33, Thailand (52), Myanmar (72) dan Indonesia di ranking ke-83.
Negara maju Scandinavia seperti Denmark, Finland dan Norway menduduki tiga tempat teratas dalam senarai tersebut yang mencadangkan penduduk negara kaya cenderung untuk lebih bahagia walaupun kekayaan tidak menjadi faktor penentu untuk mengukur tahap kebahagiaan.
"Kebebasan politik, rantaian sosial yang mantap dan ketiadaan amalan rasuah adalah faktor bersama yang lebih penting daripada pendapatan dalam mengukur perbezaan kesejahteraan," menurut laporan itu.
Pada tahap individu pula, kesihatan mental dan fizikal yang baik, tempat seseorang untuk bergantung, jaminan pekerjaan dan keluarga yang stabil merupakan faktor penting, kata laporan itu

Amerika Syarikat, negara paling kaya di dunia, menduduki ranking ke-11, Jepun di tempat ke-44, China di tempat ke-111 di belakang Iran (84) dan Syria di tempat ke-106.
Negara yang paling tidak bahagia ialah Togo, negara Afrika Barat. - BERNAMA
Tgk family Aaron aziz...Happy Happy. ^__^
Walaupun dia orang singapore. dia masuk malaysia happy jugak =)
2 comments:
Tapi Aaron Bukan Rakyat Malaysia..(^_^)V
xcukup happy tu bro..hahha
Post a Comment