Thursday, December 22, 2011

Happy Happy Family.

Helo~Hi~Malam Semua~Siang Semua~

Dah 3 tahun dia kahwin, happy je tengok kan. wahh~cantik. Dulu lagu dia pun best best jugak. Ni lah Elyana. Mesti korang ingat lagi kan. Alaa..yang suka bernyanyi kat atas pentas tak pakai kasut. Kaki ayam je. Sekarang mesti korang da ada ingatan balik. Tak hilang ingatan dah. Biasalah,bila dah kahwin mesti nak fokus pada keluarga kan. Happy sudah. =) Sekarang, Dah ada seorang anak. Best kan kalo dapat anak putih2x comel macam tu. Panjang Bulu mata dia. Heeee.

Comel pe Isteri yang tembam2 comel gitu.




Nama anak dia ni -Cinta Sumayyah-
Ohh..cinta cinta...












Dulu aku suka lagu Kalis Rindu dia tuh. Best wokkk !

*Credit all photos to Blog Elyana.
*Credit juga pada blog irenenadia marcello

Wednesday, December 21, 2011

Wang Kertas RM yang baru.

Hgmmm2x...Hari ni nak update pasal perkembangan Malaysia lah pula. Kini, Malaysia ada hasilkan wang kertas yang baru lebih berwarna-warni.

Bank Negara Malaysia mengeluarkan kenyataan rasminya menyatakan akan mengeluarkan siri baru bagi wang kertas RM 1, RM 5, RM 10, RM 20, RM 50 (yang terkini) dan juga RM 100. Selain itu, wang syiling juga akan mengeluarkan siri baru yang lebih cantik dan melambangkan negara Malaysia.

Siri wang kertas dan syiling baru tersebut akan bermula menjelang 2012 dengan ciri-ciri keselamatan dan teknologi yang lebih tinggi dan diperbaharui.









*gambar dari Aliffcullen.

Sumber dari BNM.

Wednesday, December 14, 2011

Just Ordinary People.



Hebat sangat ke superman?? Tak wujud pun super super hero dekat dunia ni. Setuju tak?
Kita semua orang biasa yang terus dan terus belajar melalui usaha dan juga pengalaman yang kita semua lalui. Tidak kisahlah kamu semua seorang yang agak sosial atau pun skema skemon gitu.

"Don't worry about it guys/girls. U are better better better than another person. We're all the same."

Jom tengok tengok gambar


TAMAN BOTANI UPMKB

Walk through the old staircase

Red waiting for his anime hero

Hutan Simpan hak milik UPMKB

Ecam take some specimens for Buku Hijau


*Adui..sakit pinggang gua on9 lama lama. bubye !

Tuesday, December 13, 2011

CHELSEA CHELSEA !


Oyeahh ! Oyeahh ! Kena kad merah, buang padang. Kena pulak tangan dalam petak penalti.
tu sume Manchester City.
Kekalahan pertama buat Man. City musim nih.

Teros CHELSEA lead game.
2-1

"CHELSEA CHELSEA"

Favourite team aku dari dulu lagi.
menang jugak.

Saturday, December 10, 2011

Editing Addict !! (Siri 2)


Korang nak buat gambar korang makin cantik dan kreatif. Jom kita belajar.
Edting semua ni mengguna Adobe Photoshop. Pastikan anda ada untuk mencuba.

Kali ni kita buat latar belakang hitam dan putih, Fokuskan warna pada subjek yang kita mahu saja.



Hasil gambar :



___________________________________________________________________

Firstly,
1. Open picture yang mahu di edit.



2. Click pada "Layer", "New Adjustment Layer" dan terus ke "Channel Mixer".




3. Anda akan jumpa seperti gambar rajah di bawah, Pastikan sama. Then OK...



4. Selepas itu, Anda akan jumpa ini pula. Pastikan "Monochrome" ditandakan untuk mendapat gray dan tekan OK.



5. Pastikan mode anda normal, menggunakan "Brush Tool" seperti gambar rajah dibawah. Pastikan juga Foreground dan Background anda berada pada warna yang betul seperti dalam gambar rajah.

*Brush size anda boleh dipilih mengikut kesesuaian gambar.


6. Dengan menggunakan bulatan highlight itu, gerakkan pada subjek yang anda mahu ia berwarna. Pilih berus yang bersesuaian untuk mewarna dengan lebih terperinci.


7. Hasil gambar yang telah diwarnakan dan berlatar belakang warna hitam dan putih.


Selamat Mencuba mengikut kreativiti anda !
Terima kasih.
(@.@)


Friday, December 9, 2011

Makan itu Seronok

Makanan-makanan ni selalu sangat buat aku happy, lagi banyak dia masuk dalam mulut, lagi sayang aku kat dia. Siap dapat puji-puji lagi kalau makanan tu kena dengan selera.
Nyam-Nyam !

* * *

Haiqal - Aku - Faiez Rahim


Korang macam mana? Suka tak?
Aku kalau happy makan, Mood tak elok pun makan. Makannnn Jee.
Tapi tak gemuk-gemuk pun. Erghh.

"Susah betol nak gemuk"

Masuk Laju, Keluar lambat.

Let's go for a little shopping !

* * *

PASARAYA FARLEY, BINTULU SARAWAK.

Shopping sikit je, tak banyak pun. Just untuk barang yang boleh buat perut kesayangan aku ni gembira. Kalau tak gembira mulalah bising buat bunyi. *Kruk Kruk*

Dah seronok beli macam-macam, duit pun ada, laju je la masuk. Disebabkan takut ambik barang terlebih, duit je yang tak lebih. Tu yang keluar pun lambat. Ha Ha Ha !

Pertanian? Its very fun !


Haii guys, Haii Girlss !
(@.@)

First time aku cantas kelapa sawit punya daun tuh, kiranya experience pertama aku lah =)
Bak kata mat sallhe 'PRUNING".

Mula-mula memang agak susah la untuk buat kerje semua ni, tapi bila dah cuba banyak kali. Jadi senanglah kan, Bak kata lagi...

Sikit-sikit, Lama-lama jadi bukit.

* * *



Tak ada petani moden atau petani klasik-klasik gitu, korang pun tak dapat la goreng cekodok kt rumah. =P

Friday, December 2, 2011

Seketika dan Ketika


If i text her the point here is..I miss u sayang.
I need u.
That's my point.

Keep in touch with me.
I'll be always with u.

To make u feel close with me.
I love u Fatin Ain.

Setiap Hari Melihat kamu.


Setiap hari aku nampak dia, setiap kali aku naik bukit nak pergi kelas nampak dia. Nak pergi Foodcourt pun nampak dia lagi.

****
Okeyh...okeyh. Memang selalu aku tengok dia, bila aku tengok dia. dia tengok aku lama-lama. Muke macam takot, macam muka tak puas hati pun ada. Aku pun buat la muka senyum-senyum aku kat dia. (@.@)



Kadang-Kadang kalau ada geng nak temankan aku, aku kasi la dia makan. hehehe. Best pulak !

Kasi dia makan. Tenangggg je hati guwee. Tapi bila da kasi makan, nak tinggalkan rasa macam tak nak bye bye je. Huuu~~

"Sebab dia buat muka nak makan lagi."


^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

^ ^ ^ ^ ^ ^

^ ^ ^ ^ ^ ^

^ ^ ^ ^ ^

^ ^ ^ ^

^^^

^^

^



Then aku bela je macam tu..Ada masa nanti gua kasi lu makan lagi k. See u later my RUSA ! hekhekhek.


**Best giler dekat dalam campus ada rusa


New Hairstyle !




Fuhhh ~ Letih bebeno panjang-panjang nih. Tak mau panjang sangat, Tak mau pendek sangat. Just Gitu-Gitu ajeee.

Yeahhh ! Aku da potong rambut...dulu rambut asyik jatuh-jatuh. Tak beshla, Rimas seyhh. Panehh~Paneh~


Sekarang da bole mohawk sikit. I like it. Feel More confident after this.

Hello My Boom-Boom !

Hi Hi Sub-Woofer ! Da lama jugak aku nak letak Black Box ni dekat bilik kolej aku. Ingatkan nak bawa dari rumah..tp...tp...tau-tau je la kalau bwk dari rumah ke sini naik flight. Memang hancus berkecai lah aku punye Black Box ni.
So, beli je yang baru. Dah nak abis sem nanti aku jual balik letewww. Heeee~~

Tak payah la nak brand-brand sangat. Bak kata Cikgu Marketing aku.

"Harga yang mahal pada satu jenama tu, kita membayar lebih untuk membeli nama sesuatu produk yang popular tu, tetapi kualiti hampir sama "

Friday, November 25, 2011

Editing Addict !!


Well...gambar ni agak simple. tapi sumpah aku suka gambar ni ! Ok...Muka aku serius, memang betul aku suka, bye !

Monday, November 14, 2011

Pok Pek Pok Pek

Syukur, Bintulu oh bintulu..sampai jugak untuk kali ke berapa entah, aku pun da lupa. Sebelum aku chaw dari semenanjung. Macam-macam perangai aku tengok kt airport. Kt ats kerusi, atas lantai, tepi dinding ramai orang yang tak dikenali tidur untuk tunggu flight. Yang tak boleh bela nya, Ada mat salleh baring superman dekat dgn plug bukan tu je, dekat je dengan kiosk check-in, orang nk bratur kt situ pun da rasa lain mcm, tmsuk la aku. Dia charging kt situ sebab nak main iPhone dia smbil charging. Fuhh...Selamba badak je ko mat salleh. Mcm badak lah, berendam kt lubuk lumpur pastu usha je dgn muka innocent kt orang yang lalu-lalu. BOoo~

Dah nama pun airport, semua benda tu da biasa. Sedangkan kt terminal bas pun ada orang tidur,apa lagi airport.

--------------------------------------------------------------------------------------------

Pejam tak Pejam juga lah, dah masuk semester 4. Harini hari 1st and kelas 1st untuk semester 4. Aku agak suka la sem 4, kelas tak padat sangat macam sem 3 lepas. Bila sebut sem 4 je, aku fikir kt celah-celah otak aku ni. lagi 2 sem je aku da nak habis diploma. Agak excited jugak lah. weee~
Azam sem 4 aku rasa macam sama je. wuuuu~ k bye.

Thursday, November 3, 2011

Aktiviti Harian.


Mood : Rock n RoLL !

Entah..tetiba je aku bukak youtube teringin nak layan lagu cegitu. emm....layan je.

*****

Pelik tak Pelik lah...Aku cuti sem ni, tak habis mengadap lektop je. (lappy nama comel dia). On9,main game...emm...Stalker-stalker. Kah Kah Kah..aku suke stalker. lagi-lagi yang ada kaitan dengan aku. ececehhh..

Ala...bukan kat rumah je aku rajin mengadap kotak hitam aku nih(lappy). tapi kt hostel pun sama juga. tu yg pointer macam tak best je tengok. *jaw on floor*

Emm..tak ada pun kat post ni. tak tau nak cerita apa lagi dah. haha. Mula la merapu cam penyapu,main sapuuu je. huuu~

On9, Game, memang aktiviti wajib tiap2 hari lah. Korang pun mesti jugak kan.....Aku tauu.

Ok lah Ahjumma, Ahjusshi. Bubye !


Thursday, October 27, 2011

Senang Je..Tak susah pun.

Rilakkuma sendiri buat ! comel x? hihihi..

Nyam2...sedap gila aiskem malaysia nih. lagi2x time panas nih. fuhh~ best. Eh..da habis. nak buang kat mana ek plastic nih. emm...buang je lah. Lalalala~

Fuhhh~ Serius aku paling tak suka gila orang buang sampah merata-rata. Sedangkan pengemis pun tau kutip sampah2 kat tepi jalan aw. Ni kita yang cukup sempurna, cukup sifat, tenaga zzahir & batin pun ada lagi. tak jugak reti-reti buang sampah yang ada kat tapak tangan.
Kadang-kadang bila aku drive kereta, tetiba je kereta depan aku campak sampah plastik lah, kuih tak habis la, buang air kecik, besar pun ade gak kat luar cermin kereta.
Huyooo~comeynya tangan dia buang merata-rata. Bole pulak mamat tu buat muka 20sen je mase buang sampah tu merata-rata. Da la kepala botak, da macam kepala mancis je aku tengok, tinggal nak ZASSS je.
Ce bayangkan la kan, kita buang-buang sampah tu. Esok-esok paginya..mokcik pokcik yang sapu sampah tu, tengok banyakkkk sangat sampah orang buang merata-rata. Banyak lahhh yang dia kena sapu. Kalo kita bole berfikir, masih waras. Buanglah sampah tu kat tempat yang betul. TONG SAMPAH kan ada. Sebab tu lah manusia dikurniakan akal fikiran untuk berfikir.

Tak susah pun amalkan sikap yang senang gila nih. Angkat, Bawa, Buang kat tempat yang patut. Senang je kan, tak susah pun.

*Hargailah dan sayangilah alam sekitar kita ni. Saya tahu semua orang ada sifat sayang dan kasih kan. Selamat Beramal !!

Tuesday, October 25, 2011

Genting Highland


23 & 24 Oktober 2011

Dup Dap Dup Dap ! Hari yang Hepi Hepi dan Hepi ! Walaupun penatttt but enjoyy ! Walaupun Hujannn banyak tapi Makan lagi Banyakkkkkkk ! hahahaha..


Mula2 tu ingatkan nak je pergi Strawberry Farm. Tapii...Tapii...tak dapat sebab tak cukup masa. Memang terpaksa rush time tu. So, Both of us take a Skyway direct to the Genting Highland. waaa...rasa lain macam la pulak bila naik kereta kabel "reverse" ( jalan terbalik). Xbest ! jauh jugak ek naik kereta kabel. Ada la dalam 20 minit gitu.

Bila tengok2 Indoor nya..sume game dah ada. waaa....dulu masa 1st pergi ada yang rosak la, maintainance la,tutup. erghhh ! Geram lak ai aku tengok ! aigoooo~ memang superb la sejuknya. lagi2 bila malam, boleh nampak kabus awan tu masuk kt indoor, putih2 je gitu. huuuu~ memang kena pakai baju yang agak2 bole panas la.


Yey !! time nak pegi keluar pulakkk...Outdoor Theme Park. Memang Superb ! The Best ! My sweetheart pun excited plus takot sebab 1st time. so, kitorang pun main benda pertama yang kitorang nampak. Spinnerr !! yang kerusi terbang pusing2 tu. Kitorang berlari nk beratur nya pasai..lagipun kitorang datang awal,pagi2 kol 9. tak ramai orang lagi. Bila dah naik...duduk atas kerusi,pasangkan BB punya safety belt. ready to play !! At last main spinner tuh...jari fatin luka. Genggam kuat sangat masa kerusi tu terbang2 tadi. Takot. Then, beli handyplast untuk BB. =)

Fuyooooo !!! takot giler bila tengok benda tuh naik pegi kt awan pastu turun giler ayam ar. laju nk mampos. takot seyh aku tengok. Tunggu ada geng dulu...baru join. hihihi. SPACE SHOT nama game tuh ! Bila dah duduk..tunggu benda tu naik ke atas je. BB kt sebelah da mcm2 tanya, "selamat ke menda ni?", "kenapa safety belt kt bahu ni xketat''. haha..aku senyum je tengok BB. Comel jugak bila BB takot ea. bila dah naik sampai atas..tettt ! tu diaaa..dah turunnnnn.. jerit

mcm tak dapat jerit lah. tak bernafas dah aku, bontot aku da terapung kat atas tuh. Fuhh~ gila gila. Serius game tu GILA. tapi SUPERB ! Sape agak2 belom berak belom kencing tu..kencing berak la dulu sebelum naik SPACE SHOT. =p

BB lapa x? emmm...lapa. ok jom pergi makan.

Penuhkan hari kitorang makan makan makan. itu la keja kami. hehehehe.
Tapi seriously lah..makanan kat genting mahal gila. Bayangkan la, nugget yang satu cocok RM1 tu, kt genting dia jual 1 cocok RM5. fuhhhh~ air liur yang leleh2 ni boleh kering tros. kemarau !
Then, dah tak ada choice. BB..jom la kita makan fastfood je ea. hehehe. Makan MarryBrown. wahh..sedapppp ! BB makan burger..B makan mee kari. Memang tak rugilah mee kari dia. sedapp...sampai BB pun curi2 mee kari. emm..curi makanan orang je ek. Tapi ok la...dapat jugak burger walaupun roti nya sajaaaaa...hahahaha. =3


"meh sini b ikatkan,ketat tak?''

Macam takottt je naik benda nih

Wink*Wink*

Ni la Mee Kari Marrybrown. Sedapp bohh!

Both of us.



Best sangat main Outdoor an..sampai 2 kali naik Kerusi terbang tu ea bb. hihihihihi.

I'm Happy with u sayang. =)
ILY & IMY

Tuesday, October 18, 2011

Seorang Kanak-Kanak Digilis tanpa Diendahkan Orang Ramai di CHINA

Malam tadi, aku tengok berita kt tv3. Berita ini sedang hangat diperkatakan di negeri China, Seorang kanak-kanak yang terlepas dari jagaan ibunya digilis van. Mesti korang ada yang perasan berita ni. Time2 syok tengok keluar berita macam nih. Serius aku terkejut & aku pun terpikir..
Mengapa orang ramai tidak endah apa yang jadi kt budak tu? Kenapa? Diorang tak ada perasaan ke just jalan seaakan2 budak tu tak wujud kt situ. Pemandu lori & van tu pun tros langgar je tanpa ada brek2 langsung. Dah macam bumper kt jalan pemandu2 tu lenyek.
Ya Allah~ Kesian aku tengok budak yang tak berdosa nih. Sedih plus plus geram aku tengok manusia yang tak ada hati perut nih. Mangikut berita kt tv3 semalam, pemandu yang lenyek budak tu da dapat ditangkap.

Thursday, October 13, 2011

Uji Mata Korang !

Haa....cuba tengok betul2 apa ada dalam gambar tu. Nampak tak?? Senang aje. Gua pun dapat baca. =)

Thursday, October 6, 2011

Cantiknya Mata


Cantiknya mata kan...tak sangka la pulak mata bila dekat2 macam gini rupanya. Besar betul ciptaan kau Ya Allah.
Ohh...patutlah orang kata. "anggota yang paling berharga adalah mata"
*click pada gambar untuk flash zoom.














p/s : cantik kan? rasanya macam mata akuuuu je. hehehehe.
Posted by Picasa

Macam-Macam Ada~

There was an error in this gadget