Thursday, October 27, 2011

Senang Je..Tak susah pun.

Rilakkuma sendiri buat ! comel x? hihihi..

Nyam2...sedap gila aiskem malaysia nih. lagi2x time panas nih. fuhh~ best. Eh..da habis. nak buang kat mana ek plastic nih. emm...buang je lah. Lalalala~

Fuhhh~ Serius aku paling tak suka gila orang buang sampah merata-rata. Sedangkan pengemis pun tau kutip sampah2 kat tepi jalan aw. Ni kita yang cukup sempurna, cukup sifat, tenaga zzahir & batin pun ada lagi. tak jugak reti-reti buang sampah yang ada kat tapak tangan.
Kadang-kadang bila aku drive kereta, tetiba je kereta depan aku campak sampah plastik lah, kuih tak habis la, buang air kecik, besar pun ade gak kat luar cermin kereta.
Huyooo~comeynya tangan dia buang merata-rata. Bole pulak mamat tu buat muka 20sen je mase buang sampah tu merata-rata. Da la kepala botak, da macam kepala mancis je aku tengok, tinggal nak ZASSS je.
Ce bayangkan la kan, kita buang-buang sampah tu. Esok-esok paginya..mokcik pokcik yang sapu sampah tu, tengok banyakkkk sangat sampah orang buang merata-rata. Banyak lahhh yang dia kena sapu. Kalo kita bole berfikir, masih waras. Buanglah sampah tu kat tempat yang betul. TONG SAMPAH kan ada. Sebab tu lah manusia dikurniakan akal fikiran untuk berfikir.

Tak susah pun amalkan sikap yang senang gila nih. Angkat, Bawa, Buang kat tempat yang patut. Senang je kan, tak susah pun.

*Hargailah dan sayangilah alam sekitar kita ni. Saya tahu semua orang ada sifat sayang dan kasih kan. Selamat Beramal !!

No comments:

Macam-Macam Ada~

There was an error in this gadget