Monday, August 29, 2011

Kasih Sayang Seorang Ibu

Pada 25 August 2011 adalah tarikh kepulangan aku dari Kuching ke KL untuk pulang ke tanah semenanjung yang aku tinggalkan selama 3 bulan. Walaupun seronok berada di tanah orang yang jauh dari semenanjung, jiwa dan naluri aku terhadap orang yang tersayang di semenanjung membuat kan hatiku sebak seketika. Mak...angah,achik,abang..anoy rindu gila lah kt korang semua. Fatin..bb, u know what i'm thinking right now. b rindu bb.
Ketika aku sudah masuk ke dalam flight, tempat duduk aku terletak di tepi tingkap. Penumpang di sebelah aku, seorang budak lelaki yang comel berumur dalam lingkungan 4 tahun dan disebelahnya adalah ibu yang seronok melayan anak kesayangannya. Penerbanganku dari Kuching mengambil masa 1 jam setengah.
Hari ini merupakan hari yang membuatkan aku mengerti kasih sayang seorang ibu kepada anak nya dan hari yang paling bahagia untuk seorang ibu kepada seorang insan yang bergelar anak. Ibunya memberikan sebuah majalah yang disediakan oleh pihak penerbangan kepada anak kecilnya dan anaknya mula membaca. Tiba2 anaknya mula bertanya..

Ibu : Tengok gmbr tu boy. cantik kan?
Anak : Beautiful like u mummy.
Ibu : Thx sayang,Handsome like u baby.
Anak : Cantik mcm sapa?
Ibu : Macam baby boy sayang.
Anak : cantik mcm sapa?
Ibu : Baby boy mama.
Anak : mcm sapa?
Ibu : Baby boy mama.
Anak nya mengulang-ulang ayat itu sampai anak nya tertidur dan ibunya masih terjaga mendodoikan anaknya.
Dan tiba-tiba anaknya berkata ketika tidur..
"cantik macam mama"
Saya lihat ibunya...senyum sehingga menitiskan air mata lalu mencium pipi anaknya.

Peristiwa ini tidak akan aku lupakan sepanjang hidup aku. Ia berlaku di depan mata empatku dan membuatkan aku sebak seketika.

p/s : Ibu adalah insan yang paling mulia didunia, Ibulah yang melahirkan, menyusukan, bersama ketika senang dan susah, ketika gembira dan sedih. Ia selalu berada di samping kita. Hargailah Ibu anda selagi mereka masih bernyawa. Syurga terletak di tapak kaki ibu.



No comments:

Macam-Macam Ada~

There was an error in this gadget