Wednesday, February 29, 2012

Kuala Lumpur from 1991 until 2011

Kuala Lumpur
A city of Malaysia


Tahukah anda, Kuala Lumpur pada tahun 1991 teramat jauh berbeza dengan Kuala Lumpur pada tahun 2011 ?

Jom tengok perubahan ketara Kuala Lumpur selama 2 dekad ini.
Pada tahun 1991,

Menara Berkembar PETRONAS (KLCC – PETRONAS Twin Tower), masih belum mula dibina sekalipun. Menara Kuala Lumpur pada ketika itu, hanya baru dipersiapsediakan tapak pembangunannya.


Kalau anda lihat pada gambar dibawah, Kuala Lumpur pada tahun 1991, begitu lapang, tiada bangunan pencakar langit, penuh dengan pokok-pokok besar dan pohon-pohon hijau yang menghiasi setiap pesudut ibukota negara kita ini.
Malaysia pada ketika itu, mungkin belum dikenali tanpa wujudnya menara-menara dan bangunan-bangunan korporat syarikat antarabangsa. Hotel-hotel besar bagaikan tidak wujud pada ketika itu.
Apatah lagi sistem tren seperti PUTRA LRT dan sebagainya.


Kuala Lumpur dahulu dan sekarang banyak perbezaannya..kan.

Dulu semuanya hijau dan tak banyak lagi pembangun yang maju didirikan. Sekarang, Alhamdulillah...Malaysia dah kian membangun menjadi sebuah negara yang sedang maju dengan teknologi yang canggih dan sebagai negara yang aman dan damai. Kita sebagai rakyat Malaysia, patut bersyukur dapat jadi rakyat Malaysia yang aman dan kurang dari bencana alam yang besar.
Alhamdulillah.



Where is Superhero ??


Is it happen today 29 Feb 2012
A day of 4 years once.
hehehe

Macam mana la boleh jadi ni, maybe kesalahan teknikal terjadi di situu ye.
Alhamdulillah semua penumpang ok. Safe.



Thursday, February 23, 2012

Mandi Bunga, Wangiii ~

Mandi bunga laki laki pun boleh yee.. bukan perempuan sahaja. Weweweweewe

Amalan "mandi bunga" ni kan selalu popular, lagi-lagi masyarakat melayu & diterima sebagai satu adat sejak sekian lama dahulu..ye kawan-kawan. Katanya, ini salah satu ikhtiar untuk sapa2 nak dapat jodoh. Cantik atau hensem itu wa tak tau la ye.

Ada seorang pengamal urutan tradisional ni, dia bagitahu, mandi bunga ni tak payah pun nak ada pantang larang yang selalu orang - orang yang tak bertanggungjawab gunakan. Itu semua boleh bawa korang kepada khurafat tau tak, u know what I mean? yes u know..good.
Tak payah makan asam & jeruk dalam 3 hari sudahla. Ye la, makanan tu pun dari segi yang betul nya pun. Memang tak elok untuk kesihatan kan.

Selalunya, dalam mandi bunga ni, ada 3 jenis bunga yang berbau wangi & setiap satu jenis bunga tu kena ada 6 kuntum. Paham tak? Contohnya, bunga ros, bunga kekwa dan lain2 lah. Haa..tak kisah la, lelaki atau perempuan...Kena bawa kain batik, bedak sejuk, benang mentah, 6 biji buah limau purut dan kayu sintok (sejenis kayu yang panjang dan berserabut seperti sabut).

Nak mandi tu baca la Bismillah dulu yeee...Selawat pun ok.

Baru la seri wajah naik. Macam Lisa Surihani ni =)


Friday, February 17, 2012

LEGOLAND, Dah Bersedia Ke Korang??


Aku tau korang semua mesti suka main sukan ektrem yang boleh buat korang terkencing2 menahan geli2 kat perut. Tak kisah la lelaki mahupun wanita kan.
Apa lagi jom Main Roller Coaster di
dekat JOHOR DARUL TAKZIM
*tapi belum siapla (hehehe)

Legoland Malaysia ni akan secara rasminya dibuka dalam tahun 2012 ni juga. Pihak Iskandar Malaysia yang buat projek ni cakap tempat ni dalam bulan September 2012 akan dibuka. Korang perasan tak....Ni adalah tempat entertainment bertaraf dunia yang pertama kat Malaysia. Mcm LEGOLAND ni first kat Malaysia, UNIVERSAL STUDIO je tak ada lagi kat Malaysia.

Tapi yang buat aku lemah betul harga tiket dia...fuhhh !

Package 1-Day ticket
  • Dewasa - RM140
  • Kanak2 - RM110
*Yang penting bawak IC, dapat diskaun RM30.

Then, ada jugak offer untuk sekarang ni. Unlimited Pre-Opening Offer Annual Pass. Korang boleh guna pas ni masuk tiap2 hari pun bole. Murah je. tak sampai RM200. Lebih better dari harga tiket biasa. KLIK SINI


Selain daripada LEGO LEGO kat LEGOLAND nih. Mereka juga ada 7 Themepark dan 40 Rides yang korang boleh main puas2.

Nanti da siap...ada duit, Jom try datang.

Thursday, February 16, 2012

CONTEST BLOG PALING KEMAS

Jom Join
*Klik pada gambar*

Tuesday, February 14, 2012

BLOGLIST PUTERI KASIH



SAYA NAK MENJADI SAHABAT PUTERI KASIH







*Gitu je, kalau nak join jom pergi blog PUTERI KASIH

Monday, February 13, 2012

ISTANA PASIR DI SIMILAJAU


11 FEB - 12 FEB 2012

Waahhh..Penat betul harini tapi bestttt. Jadi Fasilitator untuk Koko Bola Tampar 2 hari 1 malam dekat Similajau, Sarawak dengan geng kos aku : Faiez Rahim, Faiz Saad & Hisham Omar (kuyak).

Korang tau tak Similajau ni kat mana ?? Dekat je dengan tempat belajar aku (UPM) ni, Bintulu. Kalau naik moto dalam 40 minit la mcm tu. Tapi aku naik kereta (VIP la kononnya,hehe) lebih kurang dalam 20 minit.
Budak2 Koko Bola Tampar pergi pagi2 pukul 7 pagi. Aku gerak dengan Pegawai Pemantau, pkul 3 petang.

Hari first sampai. Letak barang kt Chalet. Terus tgk budak2 ni main bola tampar, aku tgk je mula2, last2 main kejap. kejap je.
Penat?? Mana taknya, siang2 aktif gila.
Main bola tampar, main kojar2, buat ISTANA PASIR weh ! Yang paling semangat buat ISTANA PASIR aku dengan Kuyak lah. Semangat gila woo. Last2 dah penat wat ISTANA PASIR, tinggal dulu sambung esok. Main kat air pantai pula. haha. Memang terbaik hari ni dengan korang !
Budak2 Koko kitorang taknak kacau, so kitorang buat la hal sendiri. Hehehe.


Lubang tu ce teka apa function dia??

Opss...penyu, apa nak jadi nih.
haha.

Nama dia kuyak..member aku.
Rakan pasir aku.

Kitorang buat istana pasir
Yang kat belakang tu jadi background music kitorang.

Ingat menara macam tu je ke,
Ada la lubang okkk.
Haha.
Lubang besar tu, terowong ke lubang lain.

Aurat ! Aurat ! *Censored*


Then, malam pulak ambik kau, jadi burung hantu pulak main kad sampai subuh. Kitorang main kad deal dengan air gas. Siapa kalah, kena minum air gas. kalau kalah banyak kali. Terkoncing2 la jawabnyaa !!
Macam2 topik dah buka malam tu, itula inila.
Naik gila budak2 nih. Terbakar2 lemak perut aku ketawa gila gila kaw punya. Terus jadi six pack perut gua. Ni yang aku suka nih. Terbakar lemak kt perut tak apa. Jangan terbakar lemak kat tempat lain. Susah la aku nak gemok camtu.

Esok paginya, pkul 6.30 pagi gerak pantai dengan Kuyak sambung buat ISTANA PASIR SEMALAM. Bila sampai je kat istana tuh, Fuhh ! Smart seyh..yela, malam tadi buat suluh pakai torchlight Handfon je. Mana nak nampak. kan?
Aku pelik pulak aku semangat gila2 main pasir nih. Da lama tak jadi budak2 kannnn. Da siap..puas hati. Balik mandi tidur bangun.
12.30 petang kitorang gerak balik UPMKB. =)

You are the best brooo !

Nikmatilah saat-saat riang dengan kawan2 masa muda ni. Nanti korang da tua2, mesti korang teringat, ketawa senyum sesorang.
Betapa syoknya zaman2 muda, jiwa muda nih.

Have a happy days friends. (*3*)

Ben Ashaari Ajak Baca Blog Aku



Hi U alll...Hi Bro Ben Ashaari.

Blog aku ni simple saja..tak ada yang lebih tak ada yang kurang. Just story tentang aku punya aktiviti harian ataupun mingguan yang seronok. Dalam masa yang sama, aktiviti-aktiviti yang di post dapat jugak tempat2 yang seronok kita nak tengok dan kunjung, terutamanya di sekitar Sarawak. Sebab aku belajar kat sarawak.


Mungkin banyak lagi kekurangan dalam blog aku ni. Kebanyakan entry aku just untuk berkongsi bersama aktiviti dan lokasi yang menarik.

Itu saja...Thx all ! Singgah2 la Blog Ben Ashaari...best woo~
Chawww~

Saturday, February 11, 2012

Maksud Pensel Yang Sungguh Bermakna


Hai korang semua sihat tak? Baguslah sihat...Alhamdulillah. Hari ni aku nak share story sikit. Story ni best kalau kita nak membimbing orang ataupun anak2 kan. Nanti tak lama lagi aku kawin..dapat anak. hahaha. ceyhh..lama lagi lah. Xpe la xpe la. Nanti dah kawin aku cerita kat anak aku. Okeyh !

Selamat membaca !

* * * *


Pernah seorang anak lelaki bertanya kepada ibunya yang sedang menulis.
"Apa ibu sedang tulis? Ibu menulis tentang siapa? Atau pengalaman ibu?"
"Ibu menulis tentang diri kamu, tapi ada yang lebih penting daripada itu ialah pensel ini."
"Apa yg istimewa tentang pensel ini?" tanya si anak.
"Ibu berharap hidupmu adalah seperti pensel ini. Walaupun sebatang pensel, ada lima nilai yg boleh kita pelajari daripadanya.. Mahu tahu?"
"Ya, ibu."


PERTAMA,
Pensel ini mengingatkan jika kamu boleh membuat sesuatu yg hebat dlm hidup ini. Jangan lupa, ibarat pensel, ada tangan yang memegangnya. Maka, ingatlah akan ada kuasa yg membimbing langkah hidupmu iaitu Allah SWT. Dia akan selalu mmbimbing kita menurut kehendakNya.


KEDUA,
Ketika menulis, pensel kerap menjadi tumpul. Ibu terpaksa berhenti untuk mengasahnya. Pensel ini pasti menderita ketika diparut, tetapi..hasilnya ia menjadi tajam dan bagus tulisannya. Begitu juga yang akan berlaku dlm kehidupanmu. Kamu mesti berani menempuh ksusahan kerana ia mnjadi baja atau asbab untuk dirimu mnjadi lebih baik.



KETIGA,
Pensel ini mungkin menghasilkan tulisan yg salah. Namun,kita boleh memadamkan dan membetulkan tulisan ini dgn pemadam. Begitulah yg ibu harapkan kepada anak ibu ini, sentiasalah memperbaiki kesalahan dalam hidup. Ia bukanlah sesuatu yg hina kerana dengan mmperbaiki kesalahan,kita akan sentiasa berada dijalan yg benar.


KEEMPAT,
Tahukah anak ibu, mana yg lebih penting..luaran atau isi pensel ini? Sudah tentu arang atau karbon di dalamnya. Oleh sebab itu, berhati-hatilah dengan apa yg tidak baik dalam diri kamu itu dan hindarilah.


KELIMA,
Pensel ini selalu meninggalkn tanda atau goresan. Begitu juga kamu, apa sahaja yg kamu buat pasti akan mninggalkan kesan pada diri kamu dan pada orang lain. Ibu berharap kamu akan selalu berhati-hati dan bijak dalam melakukan sesuatu tindakan.



Selamat Beramal. =)

* * * *


*Aktiviti mengopy paste daripada Nogori den punyo blog, suko den baco. Anak Anak Negeri Sembilan (AANS)

Thursday, February 9, 2012

Mari Berdansa dengan Rilakumma!

Hari ini aku punya Brader Mohd Norafzal a.k.a Ketua kampung,
Menaikkan takhta aku sebagai..emmm...Ala, orang jenis dapat takhta ni selalu sehat dan berpeluh tiap2 malam dan kengkadang siang2 pun ada. Bla Bla Bla~ Sebab aku dapat tagname ni dalam GBS.


Aku dapat Anugerah Penyanyi Terbaik untuk GBS ! Hahaha...padahal suara aku macam coitt coitt je. Adehhh...Pic da comel, mcm mana aku nak gelek gerudi sambil bernyanyi nih. Habis kecomelan aku jadi bahan tatapan nanti. Waaa..konpius Konpius. Tak roti den !

Ade sesiapa nak ajar aku gelek gerudi tak?? pleaseee pleaseee teach mee. Rilakumma nak gelek ni.

Wednesday, February 8, 2012

Sarawak Bodybuilder. Tegap dan Gempal !

Selak...selakk...selakk...bukan selak kain ok. aku konon konon selak page dekat internet ni mcm selak surat khabar la pulok. Then, aku terjumpa satu benda ni yang suka betul buat aku tenganga dan mata aku pun mula la. ke kiri...ke kanan. atas. bawah.

Aku ingatkan keturunan yang badan tegap2 seksi berkaki empat ni dah mati kebuluran. Rupa2nya hidup lagi. Perghh !! fuhh emm perghhh !

HIDUP LAGI BOHHH NATEY NIH !


Aku rasa natey ni dah telan berapa tan supplement untuk badan tegap dan gempal cam tu. Memang tak dinafikan. memang tegap. Memang mantop. Jeles aku tengok sebab dia berganda lagi besar dari aku. Aku ni kan kecik, apa la nak dibandingkan sangat. Natey je pown !

Natey ni asal nya dari Sarawak, aku jumpa orang sarawak post mendalah ni kt FB.
Seb bek la dia tak stay up kt sungai depan hostel aku ni. Fuhh !! Fuhh !
Memang tak salah la aku punya sangkaan kan, buaya sarawak ni giler besar. ok ! Makan pe aku pun taktau & taknak ambik tau.


Ni dia gambar sarawak bodybuilder

Okeyh....wa nak pergi salai daging buaya nih. Nak buat masak lomak cili api podeh2. Nak ke? meh cni alamat..den pos nanti yo. babaiii ~

Tuesday, February 7, 2012

Salam Maulidur Rasul



Setelah sekian lama aku asyik tenganga pinjam beruk band member. Hari ni aku punya Wi-Fi Campus da elok, laju vroom vroom aku search page. Haha. Ok aku nak cerita apa aku buat time cuti maulidur rasul yang lepas.

Pagi2 aku bangun punye semangat sebab dak2 Kolej aku memekak pasang speaker n jerit2 kt Micropone suruh bangun. Sebab Maulidur Rasul aku bangun dengan senyum, aku bangun jugak. Semangat nak berarak la katakan ! haha

Then aku berarak ada la tempat kt area UPM Bintulu nih. pusing2 sampai peluh2 sexy aku keluar. Wahaha ! Peluh Peluh itu sihat ok.

Apa yang pentinggg?? Kerjaaasama ! Bukan adik-adik. Yang penting dapat breakfast & lunch free.ok.

Aku malas nak menaip panjang2....aku ada kelas kejap lagi. Tengok je la gambar ok. Chawww !
Gambar aku tak ada, sebab aku yang freelance photographer nyeee. Sedihhhh !



Ni nama dia kerusi biru

Sesuai untuk abg botak kita ni. Hihihihi.


Okeyh. tak ada idea dah nak cakap apo. Den bonti kat sini je la yo. bubye kamu semua.

Saturday, February 4, 2012

Camano Ni Jang, Seremban Dah Bertakung.



Pergi sana, Pergi sini. Dekat sana, Dekat sini. Tak boleh jadi nih, semua tempat dah bertakung. Haiyaaa...Howww mehh ~

Semalam 2 Feb 2012, Member aku call. Dia cakap "weh zarol, camano nih, semua tempat dah bertakung. Teh tarik pulak tu." Aku pun da blur*blur* Apehal la pulak si Kamal nih, bertakung? Teh tarik?. Then, aku tanya punya tanya. Rupa2 nya dia...dia nak balik umah tapi sadisss betul aku dengar suara dia.

"Banjir seyhh, abis satu town Seremban banjir. Ingatkan baru nak suruh kau jemput guna 4x4 wheel jiran kau tuh. Xpela. Hurmm"
Sedih je aku dengar tapi aku tak dapek nak nolong ni haa. Aku kat sarawak la brader. Pastu aku pun terkejut jugak, tak pernah pernah Town Seremban banjir cegitu, Banjir gila gila kaw kaw punyer ! Memang terkejut aku. Tak sangka la pulak.

Gambar ni sikit-sikit den kutip kt FB. Thx warga warga FB. (*3*)


KTM SEREMBAN
Fuhhh...Langsung tak nampak landasan keretapi tu.
Haaa..camano tu jang, tunggu jo la sampai koring. Mau subuh esok pun tak koring laei.


Ni kat parking bawah tanah wisma UMNO tu.
Hancur semua kereta masuk air.
Insurance tak cover bencana-bencana ni ye kakak - abang .


Okeyh...Jom pergi makan, air teh tarik awal2 da siap.
Nak refill pun boleyyy.

Hati2 bro bawak kereta tu, kang langgar lubang tah datang dari mana.
Rosak la pulak kt tengah2 banjir tu, satu lagi masalah.


Nampak tak papan iklan tu tulis apa?
Kalau nampak, gerenti korang lepas ni tak ada masalah.
HAHAHA

Thx bloggers and pembaca-pembaca sudi baca entry saya. =)

Macam-Macam Ada~