Saturday, February 11, 2012

Maksud Pensel Yang Sungguh Bermakna


Hai korang semua sihat tak? Baguslah sihat...Alhamdulillah. Hari ni aku nak share story sikit. Story ni best kalau kita nak membimbing orang ataupun anak2 kan. Nanti tak lama lagi aku kawin..dapat anak. hahaha. ceyhh..lama lagi lah. Xpe la xpe la. Nanti dah kawin aku cerita kat anak aku. Okeyh !

Selamat membaca !

* * * *


Pernah seorang anak lelaki bertanya kepada ibunya yang sedang menulis.
"Apa ibu sedang tulis? Ibu menulis tentang siapa? Atau pengalaman ibu?"
"Ibu menulis tentang diri kamu, tapi ada yang lebih penting daripada itu ialah pensel ini."
"Apa yg istimewa tentang pensel ini?" tanya si anak.
"Ibu berharap hidupmu adalah seperti pensel ini. Walaupun sebatang pensel, ada lima nilai yg boleh kita pelajari daripadanya.. Mahu tahu?"
"Ya, ibu."


PERTAMA,
Pensel ini mengingatkan jika kamu boleh membuat sesuatu yg hebat dlm hidup ini. Jangan lupa, ibarat pensel, ada tangan yang memegangnya. Maka, ingatlah akan ada kuasa yg membimbing langkah hidupmu iaitu Allah SWT. Dia akan selalu mmbimbing kita menurut kehendakNya.


KEDUA,
Ketika menulis, pensel kerap menjadi tumpul. Ibu terpaksa berhenti untuk mengasahnya. Pensel ini pasti menderita ketika diparut, tetapi..hasilnya ia menjadi tajam dan bagus tulisannya. Begitu juga yang akan berlaku dlm kehidupanmu. Kamu mesti berani menempuh ksusahan kerana ia mnjadi baja atau asbab untuk dirimu mnjadi lebih baik.



KETIGA,
Pensel ini mungkin menghasilkan tulisan yg salah. Namun,kita boleh memadamkan dan membetulkan tulisan ini dgn pemadam. Begitulah yg ibu harapkan kepada anak ibu ini, sentiasalah memperbaiki kesalahan dalam hidup. Ia bukanlah sesuatu yg hina kerana dengan mmperbaiki kesalahan,kita akan sentiasa berada dijalan yg benar.


KEEMPAT,
Tahukah anak ibu, mana yg lebih penting..luaran atau isi pensel ini? Sudah tentu arang atau karbon di dalamnya. Oleh sebab itu, berhati-hatilah dengan apa yg tidak baik dalam diri kamu itu dan hindarilah.


KELIMA,
Pensel ini selalu meninggalkn tanda atau goresan. Begitu juga kamu, apa sahaja yg kamu buat pasti akan mninggalkan kesan pada diri kamu dan pada orang lain. Ibu berharap kamu akan selalu berhati-hati dan bijak dalam melakukan sesuatu tindakan.



Selamat Beramal. =)

* * * *


*Aktiviti mengopy paste daripada Nogori den punyo blog, suko den baco. Anak Anak Negeri Sembilan (AANS)

7 comments:

TiraPengemis said...

pinjam pensel??? hhee

Nalisa Syahira said...

wow , disebalik sebatang pensel , hihi

Lea Isnawi said...

kalo pensil tekan cmne lak

L said...

belajar dari pensil.. huhu

jom jenguk sbentar=0
http://lolz-l.blogspot.com/2012/02/mudahnya-kau-tingalkan-solat.html

L said...

belajar dari pensil.. huhu

jom jenguk sbentar=0
http://lolz-l.blogspot.com/2012/02/mudahnya-kau-tingalkan-solat.html

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

nice elaboration :)

eh orng seremban ya?

krunch2sa said...

stiap benda yg wujud ade nilai pengajaran yg boleh kite plajari from it ^^

Macam-Macam Ada~

There was an error in this gadget