Wednesday, March 14, 2012

Perut Mengandung Berisi Susu Tin

PETALING JAYA: Tiga orang terdiri daripada seorang lelaki dan wanita serta seorang kanak-kanak dikesan menyamar sebagai pelanggan di sebuah pasar raya di Seksyen 11, di sini, sebelum melarikan pelbagai jenis susu dalam tin dianggarkan bernilai lebih RM600, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, mereka yang berusia 20-an dan 40-an bersama seorang kanak-kanak lelaki itu dilihat mundar-mandir dalam pasar raya berkenaan.


Menurut sumber, kelakuan mencurigakan keluarga terbabit disedari pengurus pasar raya berkenaan sebelum mengarahkan seorang kakitangannya memerhatikan tindak-tanduk mereka.


“Keluarga terbabit yang menyedari tingkah-laku mereka diperhatikan segera keluar dari pasar raya berkenaan.


“Pemeriksaan mendapati beberapa produk susu pelbagai jenama hilang membabitkan nilai kerugian lebih RM600,” katanya.


Katanya, suspek wanita yang menyamar sebagai perempuan mengandung berpura-pura memilih barang sebelum mengambil produk susu pelbagai jenama dan menyembunyikan dalam baju.

Sumber berkata, pengurus berkenaan membuat laporan di Balai Polis Sea Park.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, mengesahkan kejadian berkenaan dan siasatan lanjut sedang dilakukan.



*Fuhh..Macam ni punya kes pun ada ke. Kalau nak sangat perut tu mengandung. Ramai je yang boleh mengandungkan. Kahwin dan bernikah lah jawapannya. Mengandung la puas-puas. Nak anak berapa, cakap je. Haiyooo~

*Laki-laki nak try buat boleh jugak, nanti masuk paper tajuk besar-besar. Pura-Pura Buncit, Curi Ubat Kurus.


Sumber : MyMetro

1 comment:

AiSyA LiEzA said...

cehh... --' ingtkn betul2.. hekhek

Macam-Macam Ada~

There was an error in this gadget